Perak Hari Ini

Pemuda UMNO Tanjung Malim Kecam Tindakan Biadap Pembangkang

IPOH: Kebiadapan wakil rakyat pembangkang  yang mengenakan pakaian serba hitam pada istiadat perasmian Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-13, semalam menimbulkan reaksi kurang senang di kalangan pelbagai pihak di negeri itu.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjung Malim, Mohd Amin Othman, berkata sikap pembangkang yang memakai pakaian hitam jelas menunjukkan sikap bongkak dan biadap kerana tidak menghormati institusi diraja.

“Apa yang lebih mendukacitakan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PAS turut sama sehaluan dengan DAP memperlihatkan sikap biadap kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah,” katanya dalam kenyataan akhbar kepada PerakToday.com.my.

Beliau turut berkata, keengganan Sultan Perak untuk bergambar kenangan bersama para ADUN selepas selesai titah perasmian menunjukkan Sultan Nazrin murka dengan kebiadapan wakil rakyat pembangkang yang tidak memakai pakaian rasmi.

Katanya lagi, walaupun Pakatan Rakyat mengatakan ia sebagai tanda solidariti kepada pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan kezaliman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia sebenarnya mempunyai maksud yang lain.

“Kita percaya ia merupakan isyarat berkabung pembangkang kepada institusi diraja Perak yang tidak mengiktiraf Sultan Nazrin sebagai Sultan Perak yang baru.

“Pembangkang boleh memilih hari kedua persidangan untuk menunjukkan solidariti seperti yang dinyatakan demi menghormati Tuanku,” kata beliau lagi.

Amin turut berkata,  pihaknya mahu mengajak seluruh rakyat Perak menilai watak sebenar wakil rakyat yang mereka pilih pada pilihan raya lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");