Berita Hari Ini

Penyelarasan segera bawa pulang warga Malaysia di Nepal – Hishammuddin

MUADZAM SHAH: Usaha membawa pulang lebih 30 rakyat Malaysia yang terkandas di Kathmandu, Nepal akibat gempa bumi yang melanda negara itu Sabtu lalu akan diselaraskan segera.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kerajaan sedang menunggu laporan penuh pasukan penyelamat yang sudah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Nepal pagi tadi.

“Mereka yang terdiri daripada pasukan perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pegawai Majlis Keselamatan Negara (MKN), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas (SMART) dan paramedik Mercy Malaysia tiba dengan pesawat Hercules C-130.

“Kita sedang menanti laporan penuh pasukan kita di sana yang perlu diselaraskan dengan pasukan lain di peringkat antarabangsa.

“Semua rakyat kita di sana selamat malah sebagai pengerusi ASEAN keutamaan bukan saja untuk membawa pulang rakyat kita malah rakyat ASEAN yang lain,” katanya pada sidang media selepas taklimat bersama jentera Barisan Nasional (BN) di bilik operasi Dewan Undangan Negeri (DUN) Muadzam Shah, di sini hari ini.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");