Perak Hari Ini

Perak Kaji Pendekatan Tambah Hasil Negeri

IPOH: Kerajaan Perak serius mengkaji pendekatan dan idea untuk dilaksanakan di peringkat setiap jabatan bagi membantu meningkatkan hasil pendapatan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata ia perlu bagi menampung perbelanjaan mengurus yang semakin meningkat saban tahun.

“Pelbagai pihak terutamanya penjawat awam yang mengutip hasil negeri adalah penggerak utama sentiasa mencari idea bernas bagi menjana hasil negeri yang pertumbuhan ekonomi,” katanya.

Ujarnya lagi pada, 2 dan 3 Mac yang lalu, bengkel gerak kerja hasil negeri dianjurkan dengan penglibatan 102 pengawai daripada pelbagai jabatan kerajaan negeri , pihak berkuasa tempatan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KASTAM) dan Pejabat Kewangan.

“Ianya sebagai insiatif bagi menambahkan hasil dengan mencari sumber baru bagi meningkatkan pendapatan yang
sedia ada,” katanya.

Antara usaha yang sedang diusahakan ialah mempergiatkan kempen dalam pembayaran cukai tanah melalui pelbagai medium termasuk media masa.

Ujarnya lagi, sumber hasil daripada PLUS Malaysia Berhad dengan pembayaran bagi penggunaan tanah rizab negeri di sepanjang lebuh raya negeri Perak dan jajaran lebuh raya utara- selatan yang melalui hutan simpan kekal negeri turut dilaksanakan.

“Kedua, mengkaji kepelbagaian kaedah meningkatkan kutipan bagi hasil tertunggak iaitu bukan sahaja cukai tanah, sewa dan sewa beli rumah awam tetapi juga bayaran balik pinjaman pengajian tinggi,” katanya.

Katanya lagi, kerajaan negeri juga mengkaji keberkesanan perkhidmatan syarikat dan usaha mengutip cukai.

Kerajaan negeri tegasnya, turut menjalankan pemutihan dan bancian selain menguatkuasakan pelaksanaan kutipan tol semua daerah yang melibatkan papan iklan dengan kerjasama pihak berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Tanah.

“Selain itu, memperluaskan sasaran kutipan bagi pembayaran pembayaran air bawah tanah dan syarikat pengeluaran air serta syarikat yang menggunakan air bawah tanah,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan lisan diajukan oleh Adun(BN-Kenering) Datuk Tarmizi Idris dalam Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Ke-13, hari ini.

Tambahnya lagi, penguatkuasaan terhadap tindakan pelanggaran syarat tanah seperti tanah pertanian diguna untuk perniagaan juga turut diberi perhatian.

“Pembersihan dasar-dasar bagi memastikan semua maklumat adalah terkini serta memperkasakan strategi Lautan Biru antara pelbagai jabatan bagi meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan turut dilaksanakan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");