Jenayah

Pereka pelamin pengantin diragut, rugi RM5,000

KOTA BHARU- Seorang pereka pelamin pengantin bukan sahaja trauma malah kerugian lebih RM5,000 dalam kejadian ragut di Jalan Temenggong di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 38 tahun didatangi dua lelaki dengan motosikal dari belakang semasa berada di hadapan lorong kedai emas di kawasan terbabit.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa, mengesahkan menerima laporan kejadian.

Menurutnya, mangsa yang diacukan senjata tajam dari arah belakang bertindak menyerahkan beg tangannya kepada suspek kerana takut dan selepas memperoleh beg mangsa, kedua suspek terus melarikan diri.

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) , pengawal keselamatan atau saksi yang melihat kejadian terbabit.

“Dalam beg jenama LV yang diragut suspek, mangsa kehilangan telefon bimbit jenis Samsung Grand bernilai RM650, telefon Samsung jenis Note bernilai RM1,300, sebentuk cincin bernilai RM1,480, wang tunai RM1,800 termasuk kad pengenalan, lesen memandu, kad-kad ATM
dan Mykid anak mangsa,” katanya.

Rohaimi berkata, kes disiasat di bawah seksyen 379 Kanun Keseksaan (KK) kerana mencuri.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");