Panasnya Hari Ini

Perkhidmatan Pengangkutan Awam Dipertingkatkan :Najib

KUALA LUMPUR: Usaha menambah baik kemudahan pengangkutan awam bandar di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), ‘Mempertingkatkan Pengangkutan Awam Bandar’ telah menunjukkan perubahan positif.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, perkhidmatan Bus Rapid Transit atau BRT Sunway Line akan diperkenalkan untuk kemudahan dan keselesaan orang awam.

“Bilangan penumpang berulang alik ke Kuala Lumpur kini telah melebihi 455,000 orang setiap hari terutama pada waktu puncak.

“Oleh yang demikian, perkhidmatan bas akan ditambah baik dengan pengenalan Bus Rapid Transit atau BRT Sunway Line yang diuruskan oleh Prasarana Malaysia Berhad dan dijangka siap pada bulan Jun 2015,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Pelancaran Laporan Tahunan 2014 Program Tranformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) di sini, hari ini.

Jelasnya, perkhidmatan BRT tersebut yang pertama kali diperkenalkan di Malaysia mampu memberi kemudahan kepada 500,000 penduduk di Subang Jaya dan Bandar Sunway.

Sementara itu, Najib berkata, Projek Fasa 1 Program Peluasan Aliran LRT Ampang akan siap sepenuhnya pada bulan Oktober 2015 dan memberi manfaat kepada seluruh penduduk sekitar Sri Petaling, Bukit Jalil dan Puchong.

“Ini jelas menunjukkan, kita sebagai pihak kerajaan, tidak mengira bulu atau pilih kasih tentang lokasi pembangunan, tetapi kepentingan dan kesejahteraan rakyatlah menjadi keutamaan pentadbiran kita,” kata beliau lagi.

Ujarnya, peluasan jajaran ini dijangka mampu menampung peningkatan bilangan penumpang harian sebanyak 130,000 orang pabila siapnya nanti.

Tambah beliau lagi, setakat 2014, sebanyak 38 tren enam gerabak telah ditambah bagi perkhidmatan KTM Komuter.

“Dengan penambahan ini, masa menunggu telah berjaya dikurangkan daripada 30 minit kepada hanya 15 minit sahaja,” jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");