Sukan Hari Ini

PSM susun strategi

MENJELANG saingan kejohanan Siri Super Istaf di Gunsan, Jeollabuk-do, Korea Selatan bermula esok, Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) mengambil pendekatan berbeza apabila bertindak merehatkan pemain utama seperti Syahir Rosdi (tekong), Hanafiah Dolah (pelibas), Farhan Adam dan Ahmad Aizat Nor Azmi (pengumpan).

Namun perejam bertubuh kecil yang turut menyumbang kepada kejayaan menjuarai Siri Super Istaf di Melaka, Februari lalu apabila menewaskan Thailand, Khairol Zaman Hamir Akhbar diberi kepercayaan untuk membawa cabaran mempertahaankan kejuaraan itu.

Turut menyertai Khairol Zaman ialah Sahidan Md Ali dan Hairul Hazizi Haidzir yang beraksi pada bahagian tekong, Mohd Zamree Mohd Dahan (pelibas) dan Zuleffendi Sumari (pengumpan).

Regu negara diundi dalam Kumpulan B berdepan cabaran Myanmar, Singapura serta China.

Thailand pula diletakkan dalam Kumpulan A bersama tuan rumah Korea Selatan, Indonesia dan Jepun.

Muka baharu

Sahidan akan mengambil alih tempat Syahir, tekong utama yang mempunyai kelajuan servis kudanya.

Sahidan pernah beraksi di Nay Pyi Taw, November lalu. Tekong kedua pula ialah muka baharu, Hairul Hazizi Haidzir.

Zamree pula adalah pelibas negara yang berpengalaman. Libasan beliau turut digerusi regu daripada negara-negara lain yang mampu menyangi kehebatan kliller dari Thailand, Pornchai Kaokaew dan Pattarapong Yupadee.

Jurulatih skuad negara, Abd Talib Ahmad berkata, regu negara kini berlatih di Pulau Pinang sebagai persediaan ke Siri Super Istaf, Piala Raja Thai di Bangkok (Mei) dan Sukan Sea Singapura (Jun).

“Kami cuba berikan peluang baharu dan mahu menguji gandingan pemain lain,” katanya.

Susun strategi

Presiden PSM, Datuk Ahmad Ismail pula berkata, Malaysia tidak akan menghantar Syahir Rosdi untuk kejohanan berlangsung 23 hingga 26 April nanti kerana pemain tersebut sedang menjalani pengajian prauniversiti di Sekolah Sukan Bukit Jalil.

“Kita ada misi lebih penting bersama skuad negara iaitu Sukan Sea ke-28 di Singapura, Jun depan.

“Kami juga ada strategi tertentu dalam menyusun dan menghantar pemain ke Siri Super dan Piala Raja Thai menjelang Sukan Sea untuk memberikan pendedahan serta pengalaman baharu,” katanya.

Berdasarkan kedudukan dalam Kumpulan B (lelaki), hanya Myanmar yang mempunyai rekod pernah mengejutkan Malaysia dalam Sukan Sea dan Sukan Asia.

Sudah tentu dalam misi kali ini regu negara membawa semangat tinggi selepas mengakhiri kemarau kemenangan dengan Thailand sejak sedekad lalu iaitu Sukan SEA Filipina 2005.

Kejayaan itu juga membuktikan tiada ‘tembok’ yang mustahil untuk dipecahkan sekiranya semua pihak dan segala usaha digembleng untuk satu matlamat – Menjayakan Malaysia!

Thailand pula sudah tentu akan menurunkan barisan terkuta mereka bagi membalas dendam kekalahan mereka di Melaka itu.

Ujian Getir

Undian lebih getir pula menanti skuad wanita negara setelah diundi dengan juara bertahan dan juara dunia 2011, Thailand selain tuan rumah dalam Kumpulan A.

Anak buah Md Fikri Md Nor wajar menewaskan sekurang-kurangnya Korea Selatan untuk mara ke separuh akhir manakala Kumpulan B pula membabitkan Vietnam, Indonesia dan Jepun.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");