Sukan Hari Ini

Ramsey bikin Arsenal selesa

LONDON – Pengurus Arsenal, Arsene Wenger memuji kualiti yang ada pada Burnley apabila berjaya mengekang kemaraan The Gunners untuk berpesta gol dalam aksi Liga Perdana England kelmarin.

Pada aksi yang berlangsung di Turf Moor itu, Aaron Ramsey muncul wira Arsenal apabila berjaya menyum­bat gol tunggal yang juga gol kemenangan 1-0 seawal minit ke-12 menerusi rembatan kencang dalam kotak penalti.

Meskipun selepas itu kedua-dua pasukan melakukan asakan untuk memburu gol, keputusan 1-0 itu kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

“Saya perlu mengakui bahawa saya sangat terkejut dengan kualiti yang ada pada pasukan Burnley. Walaupun saya berpuas hati dengan permainan yang dipamerkan oleh Arsenal, namun perlawanan tersebut dilihat lebih cenderung kepada serangan balas pantas dan bukan mendominasi perlawanan seperti yang selalu kami lakukan.

“Saya pasti akan berasa sa­ngat malu sekiranya mereka kekal berada di tangga tercorot liga kerana seperti kita dapat lihat, Burnley merupakan pasukan yang sangat hebat dan diwakili oleh pemain yang sangat cergas.

“Sekarang saya sudah tahu mengapa mereka mampu me­num­bangkan pasukan gergasi England sebelum ini.

“Dalam aksi yang berlangsung itu, saya dapat lihat pemain Arsenal bertungkus lumus untuk mengekang kemaraan pemain Burnley, malah kami juga gagal untuk menambahkan gol,” kata Wenger.

Kemenangan menentang Burnley menyaksikan The Gunners kini semakin selesa berada pada kedudukan kedua liga dengan 66 mata. Bagaimanapun, pengendali berusia 65 tahun itu me­ngakui tidak yakin bahawa mereka mampu untuk mengatasi Chelsea musim ini.

“Sudah terlambat untuk kami mengejar Chelsea dan saya yakin kedudukan mereka selaku pendahulu liga tidak akan berubah. Kami hanya bernasib baik sekiranya Chelsea tewas dalam mana-mana aksi selepas ini. – Agensi

-kosmo.com.my

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");