Sukan Hari Ini

Real Madrid, Juventus layak separuh akhir

MADRID: Real Madrid dan Juventus masing-masing gah mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Dalam perlawanan suku akhir kedua itu, Javier Hernandez muncul wira Real dengan gol kemenangan pada minit ke-88 membantu pasukan menang 1-0 ke atas Atletico Madrid. Real layak atas agregat 1-0.

Hernandez yang sering memanaskan bangku simpanan berjaya membuat kejutan mencipta jaringan selepas mendapat hantaran Cristiano Ronaldo.

Atletico terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Arda Turan dilayangkan kad merah kerana menjatuhkan Sergio Ramos pada minit ke-76.

Mengikut jejak Real, Juventus yang mengesahkan kelayakan ke peringkat sama selepas mengikat Monaco, 0-0, namun layak atas kemenangan 1-0 ketika beraksi di Itali minggu lalu.

Juventus layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak 2003.

Bagi Hernandez, jaringan tunggalnya pada perlawanan itu adalah sangat penting bagi memastikan mereka layak bagi memburu kejuaraan kali ini.

“Jelas sekali ia adalah gol yang amat penting bagi saya,” kata Hernandez.

Bagi pengendali Atletico, Diego Simeone, beliau memuji usaha dan kesungguhan ditunjukkan pemainnya biarpun tewas.

“Saya bangga dengan pasukan saya. Sekali lagi kita bersaing dengan baik dalam persaingan yang sangat sukar seperti di Liga Juara-Juara,” kata jurulatih dari Argentina ini. -REUTERS/AFP/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");