Isu Panas

Respon calon BN positif

PERMATANG PAUH – Maklum balas pengundi terhadap calon BN amat memberangsangkan dan ia memberi petanda positif akan berlaku perubahan dalam PRK Permatang Pauh.

Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, jawapan yang diterima hampir sama dalam kelangan pengundi yang ditemui apabila mereka merungut sukar bertemu dengan wakil rakyat selepas pilihan raya.

Beliau berkata, pengundi mengeluh kerana wakil rakyat Permatang Pauh dari PKR hanya boleh ditemui semasa kempen pilihan raya dan menghilangkan diri atau jarang turun kawasan selepas menang pilihan raya.

“Antara keluhan mereka ketika bertemu calon BN dalam tempoh 24 jam lalu ialah … dah banyak kali undinya tapi tak jumpa pun ahli parlimen.

“Ada juga yang kata … kami sedar dah tujuh kali undi PKR tapi susah sangat nak jumpa mereka,” katanya pada sidang media di pusat operasi BN di sini hari ini.

Oleh itu, BN menawarkan pilihan terbaik kepada pengundi Permatang Pauh dengan menampilkan anak tempatan yang sentiasa berada dalam kawasan untuk menjaga kebajikan rakyat dan mendengar keluhan mereka.

Beliau menjangkakan lebih banyak keluhan dan luahan perasaan pengundi akan diperolehi apabila lebih lama tempoh berkempen calon BN turun berjumpa mereka di setiap kawasan dan kampung.

“Kalau pilih calon BN, Suhaimi Sabudin akan sentiasa berada di sini dan boleh jumpanya bila-bila masa sahaja. Dia berada di sini untuk berkhidmat kepada semua pengundi.

“Calon BN tiada jawatan lain atau tugasan di tempat lain. Dia hanya duduk di sini. Dia anak tempatan, belajar di sini, kerja di sini, ada rumah di sini dan keluarga pun tinggal di sini,” katanya.

Menurutnya, pengundi mempunyai pilihan dalam PRK Permatang Pauh untuk menentukan masa depan nereka yang membuat percaturan yang bijak pada 7 Mei ini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");