Membawang Hari Ini

Robert Pattinson bakal berkahwin?

SEJAK hujung tahun lalu, aktor yang terkenal dengan filem Twilight ini dikhabarkan sudah pun menemui pengganti Kristen Stewart.

Biarpun pada mulanya Pattionson cuba untuk menyembunyikan hubungan yang dibina, namun ia tetap tidak dapat menghalang pihak lain mengorak rahsia aktor tersebut.

Dan walaupun hubungan yang terjalin baharu berusia enam bulan, namun sudah ada khabar angin gembira bahawa Pattinson dan kekasihnya, FKA Twigs.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, Pattinson dan Twigs telah merancang untuk membawa hubungan mereka ke peringkat yang lebih serius menerusi perkahwinan.

Bukan sahaja desas-desus mengenai perkahwinan, malah kedua-duanya semakin terbuka untuk berdepan dengan khalayak ramai dan sering dilihat menghabiskan masa bersama.

Enggan lagi merahsiakan hubungan yang terjalin, terbaharu pasangan ini dilihat tampil mesra sambil berpegangan tangan di majlis Festival Coachella.

Namun, khabar angin yang beredar itu hanya dibiarkan sepi tanpa apa-apa penjelasan baik daripada Pattinson mahupun Twigs, masing-masing di lihat cuba menikmati detik-detik indah bersama.

Pun begitu, Pattinson dikatakan telah memberitahu rakan rapatnya bahawa majlis perkahwinan itu hanya akan berlangsung dalam suasana yang cukup sederhana.

“Perkahwinan itu adakan diadakan secara sederhana di sebuah bar pilihan. Kemungkinan besar, majlis itu akan diadakan dalam masa terdekat ini,” kata sumber itu lagi.

Sebelum mengenali Twigs, Pattinson pernah menjalinkan hubungan cinta bersama bintang popular, Kristen Stewart selama beberapa tahun, namun putus apabila Stewart mencuranginya.

Undang Kristen Stewart

Pernah menyulam cinta bertahun-tahun lamanya, Pattinson tidak pernah memutuskan hubungannya bersama bekas kekasih, Stewart dari terus berkawan.

Walaupun ramai yang menyarankan agar pelakon Twilight ini kembali bersama Stewart, namun ruang hati pemilik nama sebenar, Robert Douglas Thomas Pattinson, 29, ini bukan milik Stewart lagi.

Malah, Pattinson pernah memberitahu bahawa tiada hubungan istimewa yang perlu terjalin lagi di antara mereka selain daripada kawan setelah apa yang mereka lalui bersama satu ketika dahulu.

“Kami hanya selesa sebagai kawan dan saya harapkan yang terbaik untuk kehidupannya,” jelas Pattinson.

Malah, menurut sumber, Pattinson juga amat mengharapkan agar Stewart dapat hadir pada majlis perkahwinannya itu nanti atas dasar persahabatan.

“Dia (Pattinson) benar-benar mahu agar Stewart hadir di majlis pernikahannya nanti atas dasar kawan. Walaupun pernah melalui hidup bersama dan putus di tengah jalan, ia adalah jalan yang terbaik untuk kedua-duanya.

“Pattinson tetap mahu Stewart menjadi kawannya sampai bila-bila,” katanya lagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");