Perak Hari Ini

Sebuah Rumah Terbakar Di Klebang Raya, Chemor

IPOH: Sebuah rumah di Klebang Raya dekat Chemor musnah hampir 20 peratus akibat terlibat dalam satu kejadian kebakaran pagi tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.50 pagi itu telah menyebabkan beberapa perkakasan dan siling rumah berkenaan turut terbakar.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh berkata, pihaknya telah menerima panggilan kira-kira jam 11.53 pagi.

“Anggota telah digegaskan ke lokasi kejadian dan setibanya disana, anggota mendapati berlaku kebakaran di sebuah rumah jenis satu tingkat.

“Tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian berkenaan” katanya.

Ujarnya, jentera yang diketuai PBK II Ariff Saidin juga mendapati bahawa kebakaran berkenaan telah pun dipadamkan oleh orang awam.

“Anggota telah bertindak membuat pemadaman sisa-sisa kebakaran menggunakan satu aliran hos reel bersumberkan air daripada tangki jentera sehingga api terpadam sepenuhnya.

“Seterusnya, anggota yang terlibat telah membuat pemantauan penuh di sekitar tempat kejadian,” katanya lagi.

Operasi yang mengambil masa kira-kira hampir sejam itu tamat pada jam 12.45 petang.

IMG-20150408-WA0004

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");