Sukan Hari Ini

Semangat SDFC belum pudar

KEKALAHAN 0-3 kepada Polis Diraja Malaysia dalam saingan Liga Super, Sabtu lalu tidak mematahkan semangat barisan pemain Sime Darby FC untuk melakar kejutan menewaskan Kelantan dalam aksi suku akhir kedua Piala FA 2015 di Stadium Sultan Muhamad IV, malam ini.

Ketua jurulatihnya, Ismail Zakaria percaya kekalahan tersebut banyak memberi pengajaran selain motivasi kepada pemain untuk terus berusaha mencapai kemenangan.

“Semangat mencari kemenangan belum pudar, walaupun kami tewas tetapi pemain mempamerkan aksi memuaskan, mencuba dan terus berusaha namun nasib tidak menyebelahi kami.

“Mungkin pertemuan malam ini kami mengharapkan tuah memihak pasukan untuk melangkah ke separuh akhir,” katanya.

Menyedari berdepan Kelantan di laman sendiri, Ismail mengakui tekanan tetap ada selepas mencatat keputusan seri 1-1 pada aksi suku akhir pertama di Selayang, 7 April lalu.

“Berdepan Kelantan bukannya mudah, namun kami hadir sebagai pasukan underdog, saya lihat tuan lebih tertekan berbanding kami, walaupun mereka mempunyai bekalan satu gol di tempat lawan.

“Kita akan berusaha sepanjang permainan, pasukan yang mempamerkan aksi bertenaga sepanjang tempoh perlawanan pastinya akan mencapai kemenangan,” katanya

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");