Sukan Hari Ini

Skuad takraw negara tampil misi pertahan gelaran

JUARA bertahan, Malaysia akan membuka tirai saingan Istaf SuperSeries (ISS) Korea 2014/15 Kumpulan B dengan beraksi dua perlawanan menentang China dan Myanmar di Arena Wolmyeong Arena, hari ini.

Pertemuan terakhir berdepan Singapura akan berlangsung pada esok.

Selepas menampilkan aksi berkelas dunia di ISS Malaysia pada Februari lalu untuk muncul juara menewaskan Thailand, skuad negara dijangka berdepan saingan lebih mencabar di Gunsan dengan perubahan pada barisan pemain termasuk ketiadaan Syahir Rosdi.

Sahidan Ali akan mengetuai cabaran Malaysia bersama Hairul Hazizi Haidzir, Sumari Zuleffendi, Khairul Zaman dan Mohamed Zamree.

Sementara itu, Timbalan Presiden Istaf, Datuk Ahmad Ismail berkata, Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa cukup berbangga untuk menganjurkan pusingan ketiga ISS di Korea dengan sokongan kuat dari Gabenor Jeollabuk-do, Song Ha-Jin dan Datuk Bandar Gunsan City, Moon Dong-Shin.

“Mereka telah menjadi tuan rumah yang cukup hebat. ISS 2014/15 hanyalah satu daripada banyak pertandingan yang kami bawakan kepada pemain dan peminat sepak takraw dengan matlamat utama meningkatkan kualiti dan prestasi kita di arena antarabangsa,” katanya pada sidang media prakejohanan, semalam.

Manakala Setiausaha Agungnya, Datuk Abdul Halim Kader, berkata matlamat utama Istaf adalah membawa sepak takraw untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik dan sedang bekerjasama erat dengan SportsAccord International dan Persatuan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (Anoc) untuk mendapatkan sokongan kemasukan sepak takraw di Sukan Pantai Dunia pertama yang dijadualkan berlangsung pada 2017 di Eropah.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");