Jenayah

Surau stesen bas terbakar

KULIM – Sebuah surau di stesen bas Jalan Belibis Taman Tunku Putra dekat sini musnah dalam kebakaran, awal pagi semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.30 pagi itu dipercayai akibat litar pintas.

Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Akmal Mohd Khairi berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 3.36 pagi.

“Kami berjaya memadamkan kebakaran berkenaan kira-kira jam 3.55 pagi dan tidak melibatkan kemalangan jiwa,” katanya.

Sementara itu, pekerja kaunter tiket bas, Ahmad Shukri Othman, 34 berkata, setiap hari dia akan memeriksa surau terbabit pada jam 9 malam sebelum pulang ke rumah.

Jelasnya, malam kelmarin dia ada memeriksa keadaan surau berkenaan dan mendapati lampu serta kipas sudah dipadamkan.

“Surau itu dibuka 24 jam bagi memudahkan orang ramai menunaikan solat tetapi tidak dibenarkan tidur di dalamnya

“Bagaimanapun, apabila saya tiba di stesen bas berkenaan pada jam 6.15 pagi, saya terkejut mendapati surau berkenaan musnah dalam kebakaran dan dimaklumkan kejadian itu berlaku akibat litar pintas,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");