Jenayah

Tahan orang tengah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 153 kereta mewah termasuk dua motosikal berkuasa tinggi yang diklon disita membabitkan nilai keseluruhan berjumlah RM13 juta.

Kesemua kenderaan itu dipercayai diseludup dari negara jiran dan diklon menggunakan cukai jalan palsu dan tidak berdaftar secara sah di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, kenderaan itu dikategorikan sebagai kenderaan lusuh di negara asal dijual pada harga jauh lebih rendah iaitu antara RM20,000 hingga RM50,000 daripada harga pasaran di Malaysia melalui internet.

“Kumpulan sindiket ini biasanya akan membuat promosi menjual kenderaan mewah pada harga murah. Sebaik ada pembeli yang berminat, urusan akan dibuat terus dengan pembeli dan iklan promosi itu akan dipadamkan serta-merta bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Malah sindiket ini akan menggunakan nombor pendaftaran kenderaan sama dengan yang terdapat di negara ini, sama ada yang masih aktif di jalan raya atau dikategorikan sebagai musnah keseluruhan (total lost),” katanya pada sidang media khas bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.

Katanya, tindakan menyeludup kenderaan klon itu membabitkan kerugian hasil cukai melebihi RM7 juta selepas mengambil kira cukai purata yang perlu dibayar setiap kenderaan (RM50,000).

Sementara itu, Pengarah Risikan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, seramai tiga individu warga tempatan berusia lingkungan 20-an ditahan dalam kes itu kerana dipercayai bertindak sebagai orang tengah.

“Mereka ditahan reman selama empat hingga tujuh hari sejak 8 April lalu bagi membantu siasatan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, Kanun Keseksaan dan Akta Jabatan Pengangkutan Jalan 1987.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");