Jenayah

Tak sempat nak borong ayam

BENTONG – Hasrat seorang peniaga nasi ayam untuk memborong ayam di Pasar Borong Selayang, Selangor tidak kesampaian apabila dia maut, manakala dua rakannya cedera parah dalam kejadian kemalangan di Kilometer 62.2 Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak, di sini awal pagi semalam.

Ketiga-tiga mangsa yang menaiki pacuan empat roda Mitsubishi Triton dikatakan dalam perjalanan dari Felda Mempaga menuju ke pasar borong berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, kejadian dikatakan berlaku sekitar jam 3,55 pagi semalam.

Menurutnya, berdasarkan siasatan, kenderaan yang dinaiki dipercayai terbabas lalu melanggar bahagian belakang sebuah lori Hino membawa muatan papan lapis yang diletakkan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tol Bentong.

“Sebaik tiba di sebuah selekoh, pemandu dipercayai mengantuk lalu terbabas dan melanggar bahagian belakang sebelah kiri lori yang sedang berhenti.

“Kejadian terbabit mengakibatkan penumpang hadapan, Mohd Hafizi Mat Saad (25) meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu, Helmeraza Mohd Arifa (37) cedera di bahagian kepala dan penumpang bahagian belakang, Zulkifli Sallehudin (27) cedera di bahagian kepala dan badan.

“Kedua-dua mangsa yang cedera parah di di bawa ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, pemandu lori pula bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kedua kenderaan terlibat telah dibawa ke Cawangan Trafik Bentong untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");