Perak Hari Ini

Terengganu Tewaskan Bos Gaurus 2-0

PERAKTODAY9

IPOH: Pertembungan suku akhir peringkat kedua Perlawanan Liga Super 2015 di antara pasukan skuad Bola sepak Perak menentang Terengganu ternyata berpihak kepada Pasukan Terengganu dengan mata 2-0 hari ini.

Pasukan Bola sepak Perak tewas menjaringkan sebarang gol dalam aksi malam ini lantas memberi laluan menang mudah bagi Terengganu dengan mata aggregat 1-3.

Terengganu mendahului perlawanan dengan jaringan gol sulung oleh Paulo Rangel pada minit ke 20:49 separuh masa pertama.

Kedua-dua pasukan yang berada di tangga lima dan enam piala Liga Super musim terus mengorak langkah bersaing bagi menyamakan kedudukan dengan pelbagai asakan tangkas.

Serangan diteruskan oleh pasukan The Bos Gaurus, namun ternyata masih belum mampu menyamai mata dan menjaring gol.

Jurang semakin jelas kelihatan pada masa kedua perlawanan dengan bolosan gol kedua pasukan Terengganu oleh Issey Farran Nakajima.

Tambahan masa permainan juga pada separuh masa kedua masih tidak mampu mengerak dan membantu aksi skuad Perak menjaringkan sebarang gol kali ini.

Kejayaan 2-0 malam ini melayakkan Terengganu menenmpah tempat ke peringkat seterusnya separuh akhir Liga Super musim ini.

PERAKTODAY8

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");