Perak Hari Ini

Tiga Selamat, Pusat Hiburan Terbakar di Sitiawan

SITIAWAN: Tiga mangsa berjaya diselamatkan dalam satu kejadian kebakaran yang melibatkan sebuah premis pusat hiburan di sini, awal pagi tadi.

Kejadian yang berlaku di Pusat Hiburan D-one itu telah mengakibatkan mangsa terperangkap di dalam premis berkenaan.

Menurut sumber Balai Bomba dan Penyelamat, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 5.10 pagi sebelum anggota digegaskan ke lokasi kejadian.

IMG-20150409-WA0001

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati tiga mangsa berada di dalam premis berkenaan semasa kejadian berlaku dan usaha menyelamat segera dilakukan.

“Jentera telah melakukan search and rescue (SAR) untuk menyelamat mangsa yang dipercayai terperangkap,” ujarnya.

Sumber berkata, pihak penyelamat berjaya mengesan mangsa yang terperangkap setelah melakukan pencarian di kesemua bilik dalam premis berkenaan.

“Ketiga-tiga mangsa itu berjaya diselamatkan dan berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan.

“Mereka kemudiannya diserahkan kepada pasukan perubatan untuk rawatan lanjut,” katanya.

Turut membantu Balai Bomba dan Penyelamat bahagian Manjung.

Beliau berkata lagi, kebakaran berkenaan telah mengakibatkan kemusnahan sebanyak 30 peratus di bilik yang berkeluasan 15×15 kaki di pusat hiburan tersebut.

“Operasi memadam dan menyelamat kali ini telah diketuai oleh Ketua Operasi PKPGB Zaki Zainol.

“Anggota telah melakukan kerja-kerja pemadaman menggunakan saliran air 200 kaki dan api berjaya dipadam sepenuhnya sekitar jam 6.30 pagi tadi,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");