Jenayah

Tiga warga asing miliki pasport meragukan ditahan

ALOR SETAR – Jabatan Imigresen Kedah menahan tiga pendatang asing warga Thailand dan Laos ketika cuba memasuki Thailand secara haram melalui laluan Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam awal pagi semalam.

Pengarahnya, Mohamad Yusri Hashim berkata, anggota Imigresen menahan dua lelaki warga Thailand berumur 21 dan 23 tahun serta seorang wanita warga Laos berumur 24 tahun pada 8 pagi semalam.

“Pegawai Imigresen mendapati cop lawatan sosial yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dalam pasport ketiga-tiga warga asing tersebut meragukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kesemua mereka tiba dari Kuala Lumpur berasingan dan kini ditahan di bawah Seksyen 56(1)(l) Akta Imigresen 1959/63(pind.2002) kerana memiliki pas Imigresen yang palsu dan dihantar ke Depot Imigresen Belantik, Sik. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");