Perak Hari Ini

Tindakan Tegas Perlu Diambil Kepada Pembangkang: Rakyat


IPOH: Pemakaian serba hitam oleh wakil pembangkang dalam istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-13, Selasa lalu mengundang kemarahan dan kritikan pelbagai pihak termasuklah rakyat jelata.

Tambah lagi, istiadat tersebut disempurnakan oleh Sultan Dr Nazrin Shah yang mencemar duli sebagai Sultan Perak ke-35 selepas dimasyhurkan tahun lalu.

Pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) tampil membantah tindakan itu yang disifatkan sebagai tidak menghormati institusi raja hingga mencetuskan pergaduhan antara para perwakilan mengenai perkara tersebut.

Peraktoday.com.my mendapatkan pendapat rakyat tempatan berhubung insiden tersebut. IMGL1272

Menurut Siti Nur Nadrah Mohamad Nasir, tindakan pihak pembangkang itu jelas mengecewakan.

“Sangat tidak wajar mereka bertindak demikian kerana semua terpelajar dan bukannya diambil sebagai wakil rakyat ketika sekolah rendah,” katanya.

IMGL1278Katanya lagi, sesetengah pihak pastinya akan tersentuh berikutan peristiwa ini.

“Selepas menonton video tersebut, ia boleh mendatangkan kemarahan rakyat,” katanya lagi.

Sultan merupakan yang pemimpin utama dan tertinggi yang perlu dihormati biarpun berbeza pendapat dan pandangan politik.

“Sangat perlu tindakan tegas kerana mereka sangat biadap,” katanya.

Sementara itu, bagi Nor Suhaida Suib pula, perkara sedemikian tidak sepatutnya terjadi.

“Mereka sepatutnya bertindak profesional dalam bidang masing-masing dan jika bersikap macam itu, pastinya rakyat akan terikut-ikut sikap kurang ajar,” katanya.

Katanya lagi, tindakan tersebut cukup tidak wajar dan tindakan tegas perlu diambil berikutan sikap biadap terhadap Sultan Perak.

“Sebagai rakyat Perak, kita perlu hormat Sultan Nazrin sebagai pemimpin utama negeri,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");