Perak Hari Ini

TLDM, Sentiasa Bersedia Curah Sumbangan Lebih Besar Kepada Negara

LUMUT: Bertemakan ‘TLDM Siaga, Perairan Terpelihara’ TLDM terus dengan misinya bagi memastikan perairan Malaysia sentiasa terpelihara dan dilindungi termasuklah kepentingan maritim di negara ini.

Menurut Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar pelbagai aktiviti yang dianjurkan khusus bagi membolehkan  warga TLDM mendekati rakyat seperti hari terbuka kapal-kapal TLDM dan pengkalannya.

“Hari ini kita mengimbas kejayaan dan pencapaian TLDM sepanjang tahun 2014 dan juga menekankan kepada keperluan menjaga dispilin dan kesihatan selain daripada mengamalkan empat teras TLDM,” .
PERAKTODAY2

“TLDM mempunyai empat teras yang jika diamalkan dapat membantu organisasi dalam membendung sebarang bentuk gejala dan salah guna kuasa termasuk penyelewengan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sejurus selepas menghadiri sambutan Hari Tentera Laut Diraja Malaysia TLDM ke-81 yang berlangsung di perkarangan padang kawad KD Pelandok di sini, hari ini.

“Empat teras tersebut  iaitu kemuliaan, kesetiaan, keberanian dan kebanggaan dan elemen kebanggaan diletakkan pada peringkat keempat supaya elemen lain apabila diamalkan berupaya membuahkan kebanggaan dalam diri setiap warga TLDM setelah berkhidmat dalam organisasi TLDM selama ini,” ujarnya.

Katanya lagi, kejayaan yang dikecapi pihak TLDM merupakan hasil kerjasama, sokongan, bantuan serta komitmen warganya selama ini.

“TLDM bukan sahaja cemerlang dalam aspek sukan tetapi juga cemerlang dalam aspek lain merangkumi inovasi dan kreativiti, pengurusan kewangan dan sumber manusia,” katanya.

PERAKTODAY3

Tambahnya lagi, warga TLDM sentiasa berada dalam tahap bersiap sedia bagi melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.

“Kita kini memiliki tujuh kapal yang mengawasi perairan setiap masa di sekeliling perairan Malaysia dengan bantuan 11 bot turut beroperasi setiap hari,” katanya lagi.

Ujarnya lagi, pihak TLDM  amat perihatin dan sentiasa bersedia menyalurkan sumbangan yang lebih besar kepada negara bagi membanteras kekangan yang wujud secara sistematik dan terancang.

“Kita bekerjasama rapat dengan agensi penguatkuasaan yang lain dalam menentukan bahawa setiap kawasan perairan dapat diawasi.

“Cabaran utama adalah menjalankan operasi yang dirancang dengan kekuatan peralatan dan kapal yang kurang mencukupi,” katanya.

Ujarnya lagi, tekanan itu setakat ini telah berjaya ditangani sebaik mungkin oleh warga TLDM selain daripada kapal-kapal mililk TLDM juga kebanyakannya telah beroperasi lebih dari tempoh sepatutnya bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada negara.

Sebanyak lima panji telah diarak dalam dalam istiadat perbarisan kali ini iaitu panji KD Pelandok, KD Panglima Hitam, KD Rajawali dan KD Duyong.

Perbarisan kali juga terdiri daripada 5 plantun dan seramai 20 orang pegawai dan 415 anggota yang diketuai oleh Komander Mohd Sham Abdullah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");