Perak Hari Ini

TLP Mampu Lahirkan Pemimpin Kelas Pertama

IPOH: Transformative Leadership Programme (TLP) yang diperkenalkan oleh Kolej Antarabangsa TAJ (TIC) mampu melahirkan pemimpin bermodalkan insan kelas pertama.

Pengasasnya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, program berkenaan mampu membentuk pelajar yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi.

“TLP diperkenalkan untuk melahirkan pelajar yang mampu menjadi pemimpin tidak kira dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.

“Justeru, mereka perlu mempunyai kemahiran serta sikap yang betul.

“Ini adalah yang cuba dilakukan di TIC untuk membentuk dan memberikan pendidikan kepada graduan bagi menjadi seorang pemimpin yang berjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Seminar Peningkatan Profesionalisma Guru Bimbingan dan Kaunseling Negeri Perak 2015 dan melancarkan TLP Peringkat Negeri Perak di sini, semalam.

PERAK TODAY 3 (11)

Sementara itu, Ketua Pengarah Eksekutif TIC, Tina Tajuddin berkata, TLP adalah satu program yang berbeza daripada yang lain.

“Kita menekankan unsur-unsur kepimpinan kerana sebagai seorang pemimpin, mereka perlu mempunyai visi dan fokus dalam kehidupan.

“Melalui TLP ini, para pelajar akan didedahkan kepada perubahan minda dan paradigma untuk diri mereka,” kata beliau.

Ujarnya, program ini telah dilancarkan pada peringkat negeri Kedah dengan penyertaan daripada 200 pelajar dan 40 kaunselor bagi siri pertama.

“Alhamdulillah, hari ini ia dilancarkan untuk peringkat negeri Perak pula.

“Kita meminta kerjasama daripada pihak sekolah untuk membawa pelajar lepasan SPM bagi menyertai program ini,” katanya.

Jelasnya, negara pada masa ini kekurangan generasi yang memiliki pandangan jauh terhadap dunia luar.

“Harapan dan tujuan program ini dilancarkan akan membawa perubahan minda yang lebih jelas berhubung pemikiran mereka sendiri,” katanya.

Terdahulu, seramai 500 guru Bimbingan dan Kaunseling daripada 10 daerah di Perak menyertai Seminar Peningkatan Profesionalisma Guru Bimbingan dan Kaunseling Negeri Perak 2015.

Seminar ini diadakan dengan kerjasama daripada TIC dengan guru Bimbingan dan Kaunseling seiring dengan matlamat TLP dalam melahirkan pemimpin kelas pertama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");