Berita Hari Ini

Ujian klinikal beberapa vaksin denggi sedang dijalankan – Dr Hilmi

KUALA LUMPUR: Ujian klinikal terhadap beberapa jenis vaksin denggi sedang dijalankan oleh syarikat swasta bagi menguji keberkesanan vaksin berkenaan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata dalam usaha mengeluarkan vaksin denggi, Kementerian Kesihatan menerusi Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) kini menjalankan penyelidikan berkaitan pembangunan vaksin itu.

“Pada masa ini penyelidikan tersebut masih berada dalam fasa awal pembangunan vaksin,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Noriah Mahat sama ada kerajaan bercadang mengeluarkan vaksin denggi memandangkan wabak denggi semakin serius serta semakin kompleks untuk ditangani.

Dalam pada itu, menjawab soalan tambahan Senator Datuk Lim Nget Yoon, Dr Hilmi berkata, kes denggi menurun kepada 1,370 kes sepanjang minggu lepas berbanding 3,000 hingga 3,500 kes yang direkodkan bagi setiap minggu pada Januari dan Februari lepas.

Beliau berkata, ini menunjukkan usaha baik yang dijalankan pelbagai pihak termasuk kementerian, pihak kerajaan tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan untuk menghapuskan nyamuk aedes sekali gus menangani gejala demam denggi.

Lim ingin tahu faktor kerajaan tidak dapat mengawal demam denggi berikutan peningkatan kes berkenaan. -BERNAMA

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");