Berita Hari Ini

Usah panik

Kota Bharu: Orang ramai dinasihati tidak panik dengan beberapa kes meningoencephalitis atau radang selaput otak yang berlaku berikutan ia kes terpencil.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, kes yang berlaku di beberapa negeri setakat ini adalah kes berasingan dan tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain.

“Beberapa kes meningoencephalitis berlaku baru-baru ini membawa kebimbangan dalam kalangan masyarakat tapi ini adalah kes terpencil.
“Sehubungan itu rakyat tidak perlu bimbang kerana keadaan terkawal,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata pada sidang media selepas majlis penyerahan bantuan kepada kakitangan kesihatan Kelantan yang terbabit banjir di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, semalam.

Kes terbaru meningoencephalitis dilaporkan kelmarin, membabitkan dua pelatih Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan yang dimasukkan ke hospital selepas disyaki mengalami gejala itu.

Malah, Kementerian Kesihatan satu kenyataan memberitahu, seorang daripada pesakit menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Port Dickson manakala, seorang lagi sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut mengenai dua pelatih itu, Subramaniam berkata, keadaan kedua-duanya sudah bertambah baik selepas diberi antibiotik.

“Kita sudah membuat pemeriksaan terhadap pelatih lain di kem itu dan jika mereka tidak sihat, kita sudah beri rawatan,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");