Membawang Hari Ini

Vanidah Imran belum mahu buka mulut isu larikan buku cek

KUALA LUMPUR: Pelakon Vanidah Imran menjelaskan belum masanya lagi untuk beliau membuka mulut dan memberikan penjelasan berhubung isu perlucutan jawatannya sebagai Bendahari Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) baru-baru ini.

Biarpun disingkirkan jawatan kerana dikatakan melarikan buku cek persatuan itu, buat masa ini Vanidah memilih untuk berdiam diri dan akan membuka mulut berserta kenyataan lengkap dan menyeluruh apabila tiba masanya kelak.

“Belum masanya lagi untuk saya membuka mulut. Beri saya sedikit masa, saya akan keluarkan kenyataan mengenai perkara itu,” kata Vanidah kepada BH Online ketika ditemui pada majlis sidang media teater Baik Punya Cilok di Istana Budaya, di sini.

Kemelut dalam Ahli Jawatankuasa SENIMAN bermula apabila Vanidah didakwa ‘melarikan’ buku cek persatuan itu dan tidak memberi kerjasama kepada persatuan ketika diminta untuk mengeluarkan wang bagi menjalankan operasi serta membayar gaji pekerja.

Rentetan kemelut itu, Presiden SENIMAN, Zed Zaidi membuat keputusan untuk menyingkirkan Vanidah selepas mesyuarat Ahli Jawatankuasa pada Mac lalu berjaya mendapat undi majoriti menyokong penyingkiran itu.

Sementara itu, Vanidah menzahirkan rasa terujanya kembali beraksi bersama-sama rakan seperjuangan untuk teater Baik Punya Cilok walaupun hanya sekadar memegang watak pembantu saja.

“Ketika ditawarkan untuk menjayakan teater ini, saya tidak teragak-agak bersetuju walaupun belum diterangkan mengenai watak dan dialog.

“Bagi saya, peluang untuk kembali bekerja bersama mereka sudah lama saya nantikan.

Kali terakhir adalah ketika menjayakan watak untuk teater Cuci The Musical.

“Besar atau kecil watak yang diberikan kepada saya bukanlah menjadi pengukur untuk saya memandang remeh tawaran itu.

Apa yang penting adalah saya perlu memberikan yang terbaik buat penonton yang hadir agar ia dapat memberikan impak,” kata Vanidah.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");