Jenayah

Warga emas maut diseret 40 meter

BAGAN SERAI – Seorang warga emas maut terseret 40 meter ke seberang jalan utama setelah motosikal yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 114.5 Jalan Ipoh-Butterworth jam 8.35 pagi, kelmarin.

Mangsa Abu Hassan Abdul Rahman, 77, yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dikatakan dirempuh sebuah kereta jenis Proton Saga BLM yang dipandu seorang wanita.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati mangsa yang dalam perjalanan dari arah Parit Buntar menghala Bagan Serai, dikatakan berada pada lorong kiri jalan sebelum menukar arah untuk menyeberangi jalan secara mengejut.

Menurutnya, jarak yang terlalu dekat menyebabkan sebuah kereta yang berada di belakang mangsa tidak sempat mengelak dan merempuh mangsa sehingga menyebabkan mangsa dan motosikal diseret ke seberang jalan.

“Berdasarkan keterangan pemandu kereta tersebut, dia tidak dapat mengelak mangsa kerana jarak terlalu dekat.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Parit Buntar oleh petugas paramedik sebelum dikejarkan ke Hospital Taiping (HT) untuk rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia pada jam 10.44 pagi keesokan harinya,” katanya.

Omar Bakhtiar berkata, jenazah mangsa sudah dituntut ahli keluarga dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");