Sukan Hari Ini

Zayed wira Sabah

Kota Kinabalu: Penyerang import Sabah Rhinos Eamon Zayed (gambar) muncul wira pasukan apabila meleburkan rekod tanpa kalah Pulau Pinang dengan jaringan tunggal membantu kemenangan 1-0 di Stadium Likas malam kelmarin.

Sebaik babak pertama bermula, pasukan pelawat bermula garang dengan beberapa serangan ke gawang tuan rumah namun berjaya dipatahkan pertahanan Sabah Rhinos.

Tuan rumah hampir mendahului menerusi tandukan Abdoulaye Faye selepas menerima bola hasil sepakan percuma El Hadji Diouf namun jaringannya dibatalkan pengadil perlawanan Mohd Zohri Tajudin pada minit ke-7.

Faye sekali lagi berpeluang menjaringkan gol pada minit ke-19 namun sepakannya berjaya ditampan keluar penjaga gol Pulau Pinang Mohd Remezey Che Ros.

Kombinasi pemain import Sabah berjaya menghasilkan gol tunggal perlawanan yang disempurnakan Zayed pada minit ke-27 selepas menerima bola hantaran Joel Chianese.

Lima minit berselang, Sabah Rhinos berpeluang menambah jaringan menerusi percubaan Shafuan Adli Shaari pada minit ke-32 namun sepakannya tinggi melewati palang Pulau Pinang.

Tamat masa rehat, pasukan pelawat terus mengatur serangan ke gawang tuan rumah bagi mencari gol penyamaan dan hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-60 menerusi percubaan penyerang import Alberto Goncalves Da Costa tetapi berjaya ditepis keluar penjaga gol Sabah Rhinos Mohd Fadli Paat.

Dengan kemenangan itu, Sabah Rhinos kini mengumpul 16 mata hasil lapan perlawanan.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");