Jenayah

16 GRO ditahan di Johor Bahru

Johor Bahru: Enam belas GRO ditahan polis dalam satu serbuan di premis hiburan tanpa lesen di Taman Mount Austin di sini, awal pagi tadi.

Dalam serbuan 1 pagi tadi, Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor menahan 16 GRO wanita warganegara Vietnam dan dua orang penjaga premis.

Semua wanita yang ditahan dalam serbuan yang diketuai Pegawai Turus D7, IPK Johor, Deputi Superintendan Adzli Abu Shah itu berusia 18 hingga 41 tahun.

Dua penjaga premis turut ditahan mengikut Seksyen 55B, Akta Imigresen 1959/63 kerana menggajikan warga asing tanpa permit dan Seksyen 373 Kanun Keseksaan kerana menguruskan rumah persundalan.

Polis turut merampas pelbagai peralatan hiburan, resit perniagaan, kotak berisi 84 kondom dan wang tunai RM370.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");