Panasnya Hari Ini

1MDB Tarik Pelabur Ke Malaysia

KUALA LUMPUR: Syarikat kontroversi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dilihat melabur didalam sektor tenaga yang merupakan satu langkah yang strategik.

Langkah ini bertujuan untuk menyokong masa depan tenaga yang selamat dan kukuh bagi kegunaan Negara pada masa hadapan.

1MDB mempunyai pelan strategik terhadap jaminan tenaga yang lebih mampan buat Malaysia dalam tempoh jangka masa panjang.

Hal ini kerana dengan adanya jaminan kuasa ini, ia mampu menarik keyakinan pelabur untuk melabur di Malaysia selain daripada menyokong pertumbuhan ekonomi Negara.

Ianya termasuklah perkembangan global apabila ia menyokong segala inisiatif yang strategik seterusnya akan membawa manfaat untuk satu jangka masa panjang kepada Malaysia.

Pada Februari 2014, 1MDB merupakan diantara pembida pilihan bagi Projek Landasan 3B oleh Suruhanjaya Tenaga.

Projek ini melibatkan pembinaan dan operasi dua buah loji arang batu 1000MegaWatt yang bersebelahan dengan lojikuasa Jimah di Negeri Sembilan.

1MDB juga turut mempunyai aset kuasa pada pad pelancarannya yang memainkan peranan yang lebih besar dalam mencari pasaran tenaga tempatan dan antarabangsa.

Pada masa kini, 1MDB telah memiliki Tanjong Energy, atau dikenali sebagai Tenaga Powertek Sdn Berhad, dengan pegangan saham sebanyak 75 peratus dalam Genting Sanyen Sdn Bhd, atau kini dikenali sebagai Kuala Langat Power Plant (PLPP).

1MDB turut memiliki pegangan saham sebanyak 75 peratus di dalam arang batu Jimah Energy.

Sebagai makluman, anak-anak syarikat dibawah 1MDB dipimpin oleh satu pasukan pengurusan yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang mendalam di dalam industry tenaga ini.

Selain itu, 1MDB merupakan antara pengeluar tenaga bebas yang kedua terbesar di Malaysia jika diukur dari segi kapasiti penjanaan kuasa.

Tambahan pula, anak-anak syarikat 1MDB kini mempunyai kapasiti penjanaan tenaga bersih berjumlah 5594MW dengan kira-kira 3112MW penghasilannya di Malaysia dan 2482MW di luar Negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");