Berita Hari Ini

22,500 guru terlibat program Bahasa Inggeris

KUALA KUBU BHARU – Sebanyak 22,500 guru telah mengikuti program pemantapan tahap pengajaran Bahasa Inggeris (Pro-ELT) sehingga kini, sejak 2013.

Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kursus itu bertujuan memantapkan penguasaan bahasa itu dalam kalangan guru sekali gus meningkatkan prestasi murid dalam mata pelajaran berkenaan.

“Kesemua guru-guru ini akhirnya nanti akan menjalani ujian ‘Cambridge Placement Test’ (CPT) yang dapat memastikan mereka mengajar Bahasa Inggeris dengan baik,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor 2015 di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Kedua, P Kamalanathan dan Pengarah Pendidikan Selangor, Zainuren Mohd Nor.

Kursus Pro-ELT mula diperkenalkan sejak November 2012, dikendalikan British Council ialah kursus kefasihan Bahasa Inggeris bagi membantu penguasaan bahasa itu, sekali gus membolehkan guru melaksanakan pengajaran lebih berkesan kepada murid.

Kementerian Pendidikan menetapkan sasaran kefasihan guru opsyen Bahasa Inggeris ialah pada Band C1 (pengguna mahir/cekap).

Idris berkata, Kementerian Pendidikan telah mengadakan pelbagai program dan kursus dalam usaha memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan guru sekali gus meningkatkan kualiti pendidikan negara.

“Antaranya, sebanyak 360 guru-guru ‘penutur jati’ akan melatih 5,000 guru kita dalam meningkatkan mutu Bahasa Inggeris dalam kalangan guru-guru dan akhirnya meningkatkan keupayaan mereka untuk mengajar di sekolah-sekolah,” katanya.

Pada majlis itu, Idris turut menyampaikan beberapa anugerah antaranya Tokoh Kepimpinan Pendidikan, Tokoh Guru Negeri Selangor, Guru Cemerlang Pendidikan Khas dan Guru Cemerlang Orang Kurang Upaya. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");