Jenayah

25 lori dikesan langgar peraturan

JOHOR BAHRU – Sebanyak 25 lori dikesan melanggar undang-undang dalam Operasi Bersepadu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bersama Pejabat Tanah dan Galian (PTG) serta Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Pandan, Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL), di sini, semalam.

Pengarah Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, operasi yang bermula sekitar jam 6.30 pagi hingga 2 petang itu berjaya mengesan pelbagai jenis lori yang melakukan kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

“Antara kesalahan yang dikesan ialah membawa muatan dengan cara merbahaya, mengubahsuai kenderaan, kesalahan melibatkan permit dan memandu secara merbahaya serta kesalahan teknikal.

“Ini merupakan operasi kedua dijalankan pada tahun ini selepas yang pertama dibuat pada awal tahun lalu. Hari ini (semalam) kita buat di Johor Bahru sebagai lokasi pertama, manakala esok (hari ini) dan lusa (esok) operasi akan dijalankan di daerah lain pula,” katanya.

Che Hasni berkata, pihak SPAD akan merekodkan keterangan daripada kesemua pemandu lori yang terlibat sebelum tindakan kompaun atau mahkamah dikenakan terhadap syarikat kenderaan tersebut.

Menurutnya, operasi berkenaan turut melibatkan 13 kenderaan pacuan empat roda milik SPAD, PTG dan PLUS yang digunakan untuk meninjau lori yang melalui kawasan lebuh raya berkenaan sebelum dibawa ke lokasi R&R berkenaan.

“Operasi tu adalah usaha berterusan SPAD bersama agensi penguatkuasa lain bagi mengesan pengusaha lori yang masih gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");