Perak Hari Ini

300 Pramusaji Sertai 3rd Ipoh International Waiter’s Race

IPOH: Lebih 300 peserta mewakili pelbagai agensi perhotelan dan restoran menyertai Ipoh International Waiter’s Race yang memasuki kali ketiga penganjurannya hari ini.

Turut menyertai pertandingan tersebut peserta daripada luar negara termasuklah Jepun dan Indonesia memeriahkan lagi acara kali ini.

Majlis telah dirasmikan oleh, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.

PERAKTODAY3

Pertandingan tersebut mengkehendaki peserta membawa dulang yang diisi dengan dua gelas dan botol berisi air dengan berjalan sepanjang 1.1 kilometer di sekitar kawasan Taman Tema Lost World of Tambun sehingga ke garisan penamat.

Menurut peserta daripada Jepun, Jun Ogata 23, pengalaman menyertai pertandingan sebegini ternyata cukup unik bagi dirinya.

“Di Jepun tiada pertandingan seperti ini, dan saya belum pernah mencubanya,” katanya lagi.

PERAKTODAY1

Tambahnya lagi, biarpun tidak mempunyai pengalaman sebagai pelayan restoran beliau merasai pengalaman menjadi seorang pramusaji.

“Memang sukar untuk stabil dan berjalan sambil membawa dulang itu,” katanya lagi.

Sementara itu, menurut Miki Osuga 23 yang berasal daripada Tokyo, menyifatkan pertandingan ini sesuatu yang sangat unik dan menarik.

“Saya pernah berkerja sebagai pelayan restoran secara sambilan jadi saya ada sikit pengalaman,” katanya lagi.

PERAKTODAY2

Pertandingan yang menawarkan hadiah lumayan tersebut terbuka kepada peserta lelaki dan juga wanita mengikut tiga kategori yang dipertandingkan.

Pemenang bagi kategori Classic Tray Burhan Matil daripada Seri Pacific Kuala Lumpur (lelaki) Erna Kashnini Jamilil  daripada Pullman Hotel Kuching (Wanita) berjaya membawa pulang pingat dan sijil beserta RM2,000 bagi kategori johan.

PERAKTODAY5

Bagi kategori Sportive Tray pula, johan dimenangi oleh Thorn Sreymao dan Pirto Hasan ( Healy Mac’s Irish Pub & Restaurant) yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,000.

Manakala juara bagi kategori Fun Tray turut dimenangi oleh Burhan Matli dan membawa pulang wang tunai bernilai RM500.

PERAKTODAY4

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");