Jenayah

38 warga emas rentung kebakaran

BEIJING – CHINA . Sekurang-kurangnya 38 orang maut dalam kebakaran di sebuah rumah jagaan warga emas di kampung Sanlihe di Pingdingshan, China, kelmarin.

Agensi berita Xinhua melaporkan, kebakaran berlaku pada waktu petang di sebuah apartmen milik persendirian yang didiami 51 orang.

“Mayat rentung sehingga menyukarkan pihak berkuasa mengenal pasti identiti mangsa,” menurut agensi itu memetik salah seorang ahli keluarga mangsa sebagai berkata.

Sementara itu, biro keselamatan wilayah Henan dalam satu kenyataan di laman webnya berkata, dua daripada mangsa cedera yang sedang dirawat di hospital kini berada dalam keadaan kritikal. – Reuters

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");