Sukan Hari Ini

475 atlet negara lepas ujian doping

UJIAN doping terhadap 475 atlet Malaysia ke Sukan Sea Singapura bulan depan didapati negatif, menurut Agensi AntiDoping Malaysia (Adamas) hari ini.

Bagaimanapun, ketua unitnya Nishel Kumar, berkata masih terdapat atlet yang menggunakan supplemen yang tidak disyorkan dan telah diarah supaya berhenti mengambil supplemen tersebut.

Beliau turut menafikan laporan sebuah akhbar tabloid berbahasa Melayu hari ini bahawa tiga atlet negara berkemungkinan tidak dibenar beraksi pada temasya sukan dwitahunan itu seandainya didapati positif ujian doping.

“Maklumat mengenai tiga atlet akan disingkirkan adalah tidak betul,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut laporan akhbar itu, sampel air kencing tiga atlet itu sudah dihantar ke sebuah makmal di India dan keputusan akan diketahui dalam tempoh beberapa hari lagi.

Sukan Sea Singapura akan bermula dari 5 hingga 16 Jun ini.

Nishel menegaskan Adamas akan menyekat penyertaan mana-mana atlet yang didapati positif menggunakan bahan terlarang tanpa mengira status atlet berkenaan. – Bernama

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");