Sukan Hari Ini

AFC sokong Blatter

Singapura: Presiden Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa (gambar) mengucapkan tahniah kepada Presiden FIFA Sepp Blatter yang berjaya mempertahankan jawatannya bagi penggal kelima berturut-turut selepas pencabarnya, Putera Ali Al-Hussein dari Jordan manarik diri pada pusingan pertama pemilihan jawatan itu.

Salman menyuarakan sokongan penuh kepada Blatter yang dianggapnya ‘role model’ terbaik kepada pembangunan bola sepak di Asia sejak beliau mengemudi badan induk bola sepak dunia itu.

“Bagi pihak saya dan juga seluruh keluarga AFC, saya mengucapkan tahniah kepada Joseph S Blatter di atas kejayaan gemilangnya mempertahankan jawatan presiden.

“AFC akan sentiasa menyokong dan berdiri di belakang presiden dan gembira untuk terus bekerjasama terutama bagi meningkatkan pembangunan bola sepak Asia serta dunia di masa hadapan,” katanya semalam.

Di sebalik pendedahan skandal rasuah yang melibatkan wang berjuta-juta dolar Amerika yang menyaksikan 14 orang termasuk tujuh pegawai tinggi badan itu ditahan tiga hari yang lalu, Blatter tetap menang jawatan presiden.

Pencabar Blatter, Putera Ali Al-Hussein menarik diri selepas tewas 73-133 undian pada pusingan pertama dengan menyaksikan seramai 209 perwakilan dari seluruh dunia mengundi memilih presiden yang baharu.

Sementara itu, Australia yang gagal mendapatkan hak selaku tuan rumah Piala Dunia 2022 selepas hanya tewas satu undian kepada Qatar hingga mencetuskan kontroversi sebelum ini, meluahkan rasa kecewa di atas pelantikan semula Blatter.

“Inilah demokrasi dan Blatter dipilih semula,” kata Pengerusi Persekutuan Bolasepak Australia Frank Lowy.

“Walaupun sokongan yang diperolehi Putera Ali itu tidak memihaknya, ia menunjukkan masyarakat komuniti bola sepak dunia mahukan perubahan segera daripada pentadbiran FIFA demi masa depan sukan nombor satu dunia itu,” katanya. – Reuters

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");