Sukan Hari Ini

Aguero ledak gol tunggal Man City tewaskan Spurs 1-0

LONDON: Manchester City memperoleh semangat untuk meneruskan sisa perjuangan di Liga Perdana Inggeris (EPL) hasil kemenangan 1-0 ke atas Tottenham Hotspurs, sebentar tadi.

Beraksi kurang sejam selepas Chelsea mengesahkan kejuaraan kelima Inggeris, tiada apa yang mampu dilakukan Man City yang juga juara musim lepas selain mencatat kemenangan untuk mengukuhkan kedudukan di kelompok empat teratas liga.

Gol tunggal City dijaringkan penyerang Argentina, Sergio Aguero memastikan kelab kaya raya itu kekal di kedudukan kedua liga dengan mengumpul 70 mata berbaki tiga perlawanan.

Arsenal yang berada di kedudukan ketiga liga begitupun masih boleh memintas Man City selepas ketinggalan tiga mata namun mempunyai kelebihan berbaki lima perlawanan.

Selepas dihimpit masalah kecederaan, Aguero meledak gol ke-22 miliknya musim ini menerusi serangan balas pantas pada minit ke-29 hasil hantaran pemain Sepanyol, David Silva.

Kemenangan menyaksikan City seakan bangkit daripada aksi buruk dengan mencatat tiga kemenangan berturut-turut dan secara matematik sudah mengesahkan saingan dalam Liga Juara-Juara Eropah musim depan. – Agensi/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");