Jenayah

Ajal brek tangan gagal berfungsi

Tawau: Seorang doktor lelaki maut selepas dirempuh kenderaanya sendiri yang bergerak ketika mangsa hendak membuka pintu pagar rumahnya di Jalan Bunga Raya Sin On, di sini, 4 pagi tadi.

Mangsa Siau Tan Mui, 68, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Wad Kecemasan Hospital Tawau, akibat cedera parah dibeberapa bahagian tubuhnya.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa dipercayai keluar dari kenderaanya untuk membuka pintu pagar rumahnya.

“Ketika mangsa membuka pintu pagar, tiba-tiba keretanya bergerak dan menyedari kejadian itu, mangsa cuba memberhentikan keretanya namun gagal sebelum ditindih oleh tayar hadapan sebelah kiri di bahagian belakang dan kaki kanan mangsa,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati dipercayai brek tangan kenderaannya tidak berfungsi.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");