Sukan Hari Ini

Amutu demam sebelum aksi final

Kuala Lumpur: Selepas dijulang selaku wira pada aksi separuh akhir saingan Piala FA bertemu Pahang apabila meledak dua gol membawa Kelantan ke pentas final kelmarin, sentuhan pemusnah yang ditagih sekali lagi ke atas penyerang import dari Nigeria Iwuju Austin Amutu tidak menjadi kali ini.

Dengan memberikan alasan tidak sihat ekoran demam sehari sebelum aksi final itu, Amutu tetap diturunkan oleh pengendali Mohd Azraai Khor Abdullah pada babak kedua bagi menguatkan jentera serangan.

“Sebelum aksi final saya mengalami demam. Kalau hendak diikutkan, saya tidak boleh bermain tetapi disebabkan keinginan tinggi untuk membantu pasukan, saya minta jurulatih menurunkan saya.

“Saya tidak kisah untuk dimasukkan bila-bila masa, asalkan dapat beraksi. Sebelum perlawanan, saya minum banyak air atas nasihat pegawai perubatan pasukan. Tapi apakan daya kami akhirnya kalah. Saya kecewa kerana tidak dapat membantu menjaringkan gol,” katanya.

Tambah Amutu lagi, dia meletakkan punca kekalahan pasukan kepada pemain di barisan pertahanan yang banyak melakukan kesilapan mudah hingga dihukum penyerang LionsXII.

“Dalam bola sepak tidak boleh silap terutama apabila berada dalam aksi final seperti ini. Jika kesilapan dapat dielakkan oleh pertahanan, pasti mereka susah untuk meraih jaringan.

“Namun inilah pengajaran kami dapat dan saya harap rakan lain perbaiki kesilapan untuk fokus memperbaiki kedudukan dalam liga (Liga Super) pula selepas ini,” katanya.?-metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");