Sukan Hari Ini

Ancelotti harap Benzema cergas berdepan Juventus

MADRID: Pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti berharap penyerangnya, Karim Benzema cergas untuk diturunkan berdepan Juventus pada aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara di gelanggang lawan, awal pagi Rabu ini.

Penyerang kebangsaan Perancis itu terlepas aksi kelima berturut-turut ketika Real menghidupkan peluang memburu kejuaraan Liga Sepanyol selepas berjaya menewaskan Sevilla 3-2, awal pagi tadi menerusi hatrik Cristiano Ronaldo untuk mereka kekal dua mata di belakang pendahulu, Barcelona dengan berbaki tiga perlawanan.

Gareth Bale membuat penampilan semula selepas diketepikan selama dua minggu akibat kecederaan betis pada aksi di Sanchez Pizjuan itu apabila masuk pada minit ke-66 dan pasti cukup bersedia menjelang aksi di Turin nanti.

“Keadaan Benzema, kita perlu lihat dalam tempoh dua hari lagi,” kata Ancelotti.

“Esok kita akan lihat jika dia mampu menjalani latihan dengan pasukan. Tapi perkara positif apabila Bale sudah boleh beraksi selama 30 minit tanpa sebarang masalah.

“Ia pasti lebih baik jika Benzema juga dapat kembali beraksi.”

Tatkala Real bergelut untuk menamatkan rekod tanpa kalah Sevilla dalam 34 perlawanan selama 13 bulan di laman sendiri, Juventus pula dapat merehatkan tonggak utamanya ketika mereka mengesahkan kejuaraan Serie A kali ke-31 selepas menewaskan Sampdoria 1-0, awal pagi tadi. – AFP/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");