Membawang Hari Ini

Anil Kapoor cipta nama di pentas Hollywood

BERMULA dengan watak pembantu, kini Anil Kapoor mampu tersenyum bangga dengan pencapaiannya sebagai aktor tersohor Bollywood.

Terkenal dengan gaya dan karismanya tersendiri ketika berlakon, tidak hairanlah apabila Anil mampu melangkah hingga ke Hollywood dalam bidang ini.

Selepas filem Slumdog Millionaire dan Mission Impossible 4: Ghost Protocol, Anil dipilih untuk menjayakan watak Presiden Omar Hassan menerusi siri TV popular Hollywood, 24.

“Saya bertuah kerana peminat sukakan lakonan saya dalam setiap filem. Saya memang bekerja keras untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

“Sebaik saja selesai berlakon siri TV itu, saya terus menjadi sebahagian daripada keluarga Fox Televisyen. Ia satu tanggungjawab besar kerana menggabungkan pelakon Hollywood dan pelakon luar.

“Saya perlu bersedia daripada segi mental dan fizikal agar segalanya berjalan lancar,” katanya yang juga bergelar penerbit filem.

Sementara itu, anak kelahiran Mumbai ini bakal memeriahkan Festival Filem Anugerah Akademi Filem Antarabangsa India (IIFA) yang sekali lagi memilih Malaysia sebagai lokasi penganjurannya.

Acara kemuncak anugerah IIFA akan berlangsung pada 7 Jun ini di Stadium Nasional Bukit Jalil. Sempena penganugerahan tersebut, dua acara turut berlangsung iaitu konsert Rock IIFA pada 5 Jun di Istana Budaya manakala, pada 6 Jun pula tayangan filem berjudul Dil Dhadakne Do akan diadakan di GSC, Pavilion.

Kata Anil, dia gembira apabila Malaysia sekali lagi menjadi lokasi majlis yang bakal menghimpunkan nama-nama besar dalam industri filem Hindi.

Janji kelainan

Keterujaan pelakon berusia 58 tahun itu pastinya berbaloi apabila filem terbaharu lakonannya, Dil Dadakhne Do menjadi pilihan untuk ditayangkan di Malam Gala IIFA di GSC Pavilion pada 6 Jun.

“Saya teruja dengan penayangan filem saya Dil Dhakakne Do dan amat gembira IIFA sekali lagi diadakan di Malaysia, kali ini di Kuala Lumpur,” katanya.

Berkongsi mengenai buah tangan terbaharunya itu, Anil memberitahu filem itu bertaraf dunia.

“Ia adalah filem yang berkonsepkan kekeluargaan dan mempunyai gaya penceritaan berbeza. Masih menceritakan mengenai kisah keluarga Punjabi, namun ia sangat berkelas,” katanya.

Dil Dhadakne Do mengisahkan konflik kekeluargaan yang dihadapi sebuah keluarga Punjabi. Bagi membaiki hubungan kekeluargaan, empat beranak ini bercuti di atas kapal layar mewah. Apakah yang bakal terjadi? Nantikannya di pawagam pada 5 Jun ini.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");