Membawang Hari Ini

Atikah Suhaime fobia

SETIAP manusia pasti pernah melalui pengalaman yang berbeza sama ada yang membawa kenangan manis mahupun buruk.

Begitu jugalah yang dilalui oleh aktres meningkat naik, Atikah Suhaime yang fobia dengan kanak-kanak.

Menurut Atikah, segalanya berpunca apabila dia mengunjungi sebuah tadika kanak-kanak di Singapura dan ketika berada di sana, dia mendapat layanan yang luar biasa.

“Rakan saya bekerja di sana dan ketika berada di dalam tadika berkenaan, kanak-kanak di sana bertindak agresif dengan menarik rambut dan baju yang saya pakai.

“Walaupun hanya kanak-kanak, tapi saya tak berani untuk melawan dan ia meninggalkan kesan kepada saya,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian Sinari Kemuliaan Ramadhan Bersama Yeo’s baru baru ini.

Dek kerana itu, dia mengakui agak bimbang apabila dimaklumkan akan ke sebuah rumah anak yatim bersama duta Yeo’s Yeogurt yang lain, namun persepsi dan rasa fobianya berubah sama sekali.

“Sebelum tiba di Teratak Nur Barakah, Shah Alam persepsi saya mesti budak-budak kat sini nakal dan apabila saya tiba, saya terpegun kerana kanak-kanak di situ sangat berdisiplin dan teratur.

“Melihatkan mereka yang kesemuanya buat kerja sendiri seperti lipat baju dengan rapi dan agak berbeza sekali dengan kehidupan saya dan banyak perkara sebenarnya yang saya belajar daripada mereka,” ujarnya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");