Membawang Hari Ini

Azhar Sulaiman pertahan Harta Dalam Stor

RANCANGAN Realiti TV amal bertajuk Harta Dalam Stor yang kini ditayangkan di saluran Astro Ria dan Maya HD diakui membawa kelainan berbanding program-program amal melibatkan selebriti sebelum ini.

Mengetengahkan idea memberi dan menerima antara selebriti dan peminat, rancangan ini menampilkan dua hos terkenal, Azhar Sulaiman dan Nabil Mahir yang akan berkunjung ke rumah selebriti bagi membersihkan dan mengemas stor mereka.

Di samping memberi sentuhan dan khidmat kemasan stor secara percuma, mereka akan mencari harta-harta terpakai selebriti yang sudah tidak digunakan untuk dijual menerusi laman jualan terkenal di Malaysia, Mudah.my.

Hasil daripada jualan itu nanti akan didermakan kepada mereka yang memerlukan.

Bagaimanapun baru-baru ini terdapat respons daripada penonton menerusi #hartadalamstor yang melabelkan rancangan tersebut sebagai memaksa artis untuk menderma.

Tidak bersetuju dengan pandangan sesetengah pihak, Azhar menjelaskan: “Tiada istilah memaksa. Selebriti dalam program ini terlebih dahulu akan menandatangani borang deklarasi menandakan persetujuan untuk menderma.

“Dalam setiap rakaman program, penonton perlu faham apa yang dimaksudkan dengan Program Realiti TV. Dalam Realiti TV mesti ada drama dan Harta Dalam Stor adalah berkonsepkan Realiti TV.

“Sebagai hos kami cuba melakukan yang terbaik untuk menonjolkan program itu sedikit ‘spicy’. Tak adalah tawar saja,” katanya ketika dihubungi Zass baru-baru ini.

Begitu pun, Azhar tidak mengambil hati dengan komen-komen penonton malah menganggap ia satu penanda aras bahawa rancangan itu mendapat perhatian penonton yang sekali gus akan membantu menaikkan rating.

Dalam pada itu, Azhar yang kini sibuk menjalani penggambaran drama untuk saluran Al-Hijrah bakal membintangi drama bertajuk Uda dan Dara terbitan Global Station Sdn Bhd.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");