Berita Hari Ini

Azmin jangan main politik, selesai segera isu air

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor digesa tidak bermain politik berhubung isu air di negeri tersebut.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, permainan politik yang dilakukan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali boleh mendatangkan impak kepada rakyat negeri itu.

“Minggu lepas di Parlimen, saya bertanya kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mengenai Perjanjian Utama Penstrukturan Air Selangor antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri.

“Saya agak terkejut mendengar jawapan pihak kementerian yang mengatakan perjanjian air itu masih belum selesai,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Green Tech Expo 2015 di ibu pejabat Kumpulan Media Karangkraf di sini, semalam.

Menurutnya, kerajaan negeri belum menyelesaikan ‘Condition Precedent (CP)’ dalam perjanjian terdahulu.

Katanya, Kerajaan Persekutuan sudah menyediakan kira-kira RM2 bilion bagi menyelesaikan CP tersebut.

“Saya minta Azmin berhenti main politik dalam isu ini,” katanya.

Noh menggesa Kerajaan Selangor menyiapkan Loji Rawatan Air Langat 2 dengan segera untuk mengelak krisis air yang semakin kritikal.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");