Perak Hari Ini

Bandar Tasik Amanjaya: MB Inc Nafi Dakwaan Peneroka Haram

IPOH: Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) hari ini menafikan dakwaan yang dibuat oleh peneroka haram berkaitan pemilikan tanah bagi tapak projek Bandar Tasik Amanjaya di kawasan Siputeh dekat Tronoh.

Jurucakap perbadanan tersebut, Harris Iskandar Taib berkata, dakwaan yang dibuat oleh peneroka haram itu iaitu pihak mereka adalah pemilik tanah di kawasan tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Katanya, perkara tersebut telah berkali-kali dijelaskan oleh pihak MB Inc dalam beberapa siri pertemuan dengan pihak media.

“Terdapat beberapa laporan media yang menimbulkan kekeliruan yang mana telah mendakwa bahawa peneroka haram berkenaan adalah pemilik sah tanah berkenaan.

“Hal demikian adalah tidak benar sama sekali berikutan MB Inc merupakan pemilik sah yang sebenarnya,” katanya dalam sidang media yang diadakan di sini, hari ini.

PERAK TODAY 4

Harris berkata, hakikatnya, peneroka haram berkenaan telah meneroka tanah dikawasan tersebut dalam satu jangka masa yang amat lama untuk melakukan industri komersial secara haram dan tidak sah di sisi undang-undang.

“Kami berhadapan dengan kawasan industri komersial haram yang berskala besar dimana ianya dianggarkan berkeluasan hampir 75 hektar tanah untuk seorang peneroka haram.

“Tanah seluas itu boleh digunakan untuk membina hampir 2,000 unit rumah yang mana ianya mampu menampung dan memberikan perlindungan kepada 10,000 orang.

“Sekarang ini kita berhadapan dengan sejumlah hampir 357 hektar tanah yang telah diterokai oleh 22 peneroka haram untuk menjalankan industri komersial mereka,” jelasnya.

Beliau menegaskan bahawa adalah tidak wajar sekiranya peneroka haram tersebut hanya mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan manfaat daripada projek yang akan dibangunkan oleh MB Inc itu untuk rakyat di negeri Perak.

Tambahnya, pihak Jabatan Imigresen juga telah menjalankan satu serbuan di kawasan tersebut.

“Mereka telah berjaya menahan pekerja asing tanpa izin yang diambil bekerja oleh peneroka haram tersebut di ladang-ladang serta kilang yang dikendalikan oleh mereka.

“Ini bukanlah satu peniagaan kecil kerana ianya merupakan satu perniagaan besar yang dijalankan secara haram dan mampu menjana keuntungan sehingga berjuta-juta ringgit,” kata Harris lagi.

PERAK TODAY 4

Sementara itu, beliau juga kesal dengan tindakan peneroka haram tersebut yang menghalang pihak MB Inc bagi meneruskan pembangunan Bandar Tasik Amanjaya yang mampu memberi manfaat kepada rakyat di negeri Perak.

“Projek ini sepatutnya telah bermula pada suku pertama tahun 2014 dan tindakan peneroka haram ini telah menyebabkan kelewatan yang tidak sepatutnya.

“Niat kami adalah sangat baik untuk melaksanakan pembangunan yang mampu mewujudkan peluang pekerjaan, rumah mampu milik dan juga menjana faedah sosial serta ekonomi untuk rakyat di negeri ini,” jelasnya.

Beliau turut menyatakan bahawa perniagaan yang telah dijalankan oleh peneroka haram berkenaan juga turut mendatangkan kerugian kepada ekonomi Kerajaan Negeri.

Harris berharap agar perkara tersebut dapat diselesaikan segera berikutan pihak MB Inc telah memberikan masa yang cukup lama untuk peneroka haram tersebut berpindah keluar daripada tanah milik MB Ins.

Pembangunan projek Bandar Tasek Amanjaya yang bakal dibina di kawasan Siputeh dekat Tronoh mampu membuka peluang pekerjaan dan memberi manfaat kepada ribuan masyarakat setempat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");