Perak Hari Ini

CUEPACS Rayu Tidak Tamatkan Kontrak Perkhidmatan Penjawat Awam

IPOH: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) merayu kepada kerajaan supaya tidak menamatkan perkhidmatan penjawat awam yang dilantik secara kontrak pada Disember nanti.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, pekerja-pekerja awam yang berkhidmat secara kontrak tersebut telah mempunyai komitmen terhadap kehidupan mereka.

“Ada diantara mereka yang sudah berkahwin serta berkeluarga dan ada yang sudah membeli kereta serta rumah.

“Kalau kerajaan tamatkan perkhidmatan mereka, bagaimana mereka nak bayar semua pinjaman mereka?” katanya dalam satu sidang media selepas Majlis Perhimpunan Pegawai Awam PDRM 2015 di sebuah hotel, di sini, pagi tadi.

Beliau berkata, prestasi pekerja awam kontrak berkenaan adalah setaraf dengan pihak yang berjawatan tetap dan tidak adil sekiranya kontrak mereka ditamatkan.

“Seramai 100,000 orang di dalam perkhidmatan kontrak di seluruh Malaysia dan mereka merupakan penyokong kepada agensi-agensi kerajaan dan saya merayu kepada kerajaan supaya tidak menamatkan kontrak mereka.

“Teruskan perkhidmatan mereka hinggalah ke satu masa nanti mereka boleh mengubah kerjaya mereka pergi ke jawatan-jawatan tetap atau mengisi jawatan-jawatan baru ,” tambah beliau lagi.

Beliau percaya, kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak akan mendengar keluhan rakyat.

“Ini keluhan rakyat dan rakyat telah bersuara, jadi bantulah mereka,” tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");