Perak Hari Ini

Dapur Kafetaria UPSI Terbakar

TANJONG MALIM: Sebuah dapur kafetaria di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hampir musnah terbakar dalam satu kejadian yang berlaku awal tengah malam, semalam, di sini.

Menrut sumber, pihak bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Malim menerima panggilan daripada orang awam pada jam 12.51 pagi.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, pihak bomba mendapati berlaku kebakaran yang melibatkan dapur gas di cafeteria Kolej Harun Aminurrashid, Kampus Sultan Azlan Shah.
IMG-20150525-WA0001
“Kebakaran tersebut melibatkan dapur gas di kafetaria tersebut,”katanya.

Menurut sumber lagi, dapur yang berkeluasan 10 x 20 itu musnah hanya melibatkan 10 peratus terbakar.

“Pihak bomba menggunakan satu aliran hos reel dari tangki jentera bagi memadamkan kebakaran.

Operasi memadamkan kebakaran tamat pada jam 1.42 pagi itu diketuai oleh PBK II Jamil Maclouse.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");