Panasnya Hari Ini

“Dia memalukan saya dengan mengatakan bahawa dia tidak resign (letak jawatan),” -Tun Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: “Dia memalukan saya dengan mengatakan bahawa dia tidak resign (letak jawatan),” kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai penafian yang dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengenai perletakkan jawatannya dalam Parlimen.

Menurutnya, beliau hanya mengulangi perkara yang diberitahu oleh Pandikar ketika mengadakan pertemuan dengannya.

Mahathir berkata, penafian tersebut seolah-olah memperlihatkan bahawa beliau seorang penipu walhal, ia merupakan perkara yang diberitahu sendiri oleh Pandikar.

“Dia (Pandikar) datang jumpa saya… Bukan saya suruh dan dia datang jumpa saya dengan rasa tidak puas hati terhadap Datuk Seri Najib,” katanya dalam sidang media yang diadakan di sini, semalam.

Tambahnya lagi, Pandikar turut mengatakan bahawa beliau sudah meletakkan jawatan dan tidak laginya menjadi Speaker.

“Itu yang dia cerita kepada saya… dia ceritalah sikit tentang perasaan tidak puas hati dia dengan layanan Parlimen terhadap dia sebagai Speaker.

Tegasnya, Pandikar juga mengakui bahawa beliau telah menghantarkan surat perletakkan jawatan sebagai Speaker itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib.

“Lepas itu, dia tanya saya apa yang dia perlu buat, saya kata kalau awak nak ‘resign’… ‘resign’ lah.

“Saya percaya bahawa dia… dia kata dia bagi surat dah pada Najib kata dia nak letak jawatan?.

“Jadi saya cuma ulang apa yang dia kata, tapi dia kata saya ni macam bohong… Jadi tak baiklah.. malulah saya,” kata beliau lagi.

Terdahulu, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah membuat penafian terhadap dakwaan yang dibuat oleh Tun Mahathir dalam program yang berlangsung di Ipoh pada 16 Mei yang lalu.

Dalam program berkenaan, Tun Mahathir menyatakan bahawa Pandikar telah meletakkan jawatan dan jawatannya itu telah diganti oleh timbalannya.

Namun, Pandikar mengakui bahawa beliau ada berjumpa dengan mantan Perdana Menteri itu, tetapi hanya membincangkan mengenai soal politik semasa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");