Berita Hari Ini

Dipilih semula sebagai naib presiden Angkasa

KUALA LUMPUR – Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan dan Kamarudin Ismail dipilih semula sebagai naib presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) pada Persidangan Kebangsaan Tahunan Angkasa
ke-31, hari ini.

Mohamad Ali merupakan Pengerusi Bahagian Perkhidmatan Syariah Angkasa sementara Kamarudin adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Perniagaan dan Keusahawanan Angkasa.

Menurut kenyataan Angkasa, Mohamad Ali menang dengan 1,842 undi manakala Kamarudin memperoleh 1,420 undi, menewaskan dua calon lain.

Dua calon itu ialah Datuk Jamal Abdullah memperoleh 1,121 undi sementara Dr Mustafa Kamal Maulut memperoleh 1,058 undi.

Pengumuman pemenang dibuat oleh pengerusi persidangan Prof Madya Dr Abdul Rahman Abdul Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Seramai 3,125 wakil sah dari 3,039 buah koperasi Angkasa seluruh negara hadir pada persidangan itu. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");