Membawang Hari Ini

“Disamakan Dengan Remy Ishak Satu Bonus” – Azrel Ismail

KUALA LUMPUR: Pelakon baharu Azrel Ismail menganggap pandangan orang mengatakan wajahnya mirip aktor Remy Ishak sebagai bonus untuk dia dikenali dalam bidang seni.

Azrel, 30, berkata, dia tidak pernah berasa terkilan dengan pandangan berkenaan selain turut menjadikan Remy sebagai idolanya.

“Saya tidak kisah pun jika orang samakan wajah saya dengan Remy kerana ia merupakan satu bonus untuk orang lebih mengenali saya.

“Dia merupakan idola saya sejak dari dulu lagi dan ramai juga yang kata muka kami serupa tetapi saya sendiri tidak pernah bersemuka dengan dia,” katanya kepada mStar Online.

Azrel ditemui pada majlis pelancaran drama Fajar Di Bukhara yang diadakan di Hotel Federal di sini, Jumaat.

Azrel Ismail bergandingan dengan Maria Farida dalam Fajar Di Bukhara.
Drama 26 episod arahan Zulkiflie R. shad itu turut menampilakan barisan pelakon seperti Sasha Saidin, Maria Farida, Ainul Aishah, Aziza Halilova dan Zizan Nin.

Ia bakal menemui penonton di saluran TVi (Astro 180) pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 9 malam bermula 15 Jun ini.

Fajar Di Bukhara turut ditayangkan di TV1, setiap hari pada pukul 7 malam bermula 22 Jun.

Tambah Azrel dia berharap suatu hari nanti dapat bergandingan bersama idolanya itu dalam sebuah projek sama.

Dalam pada itu, Azrel berkata, dia mengambil risiko meninggalkan kerjayanya dalam bidang pemasaran di sebuah hotel terkemuka demi mengejar cita-cita sebagai pelakon.

“Pada mulanya saya teragak-agak membuat keputusan itu kerana mempunyai pelbagai tanggung jawab namun selepas berfikir saya teruskan hasrat untuk menceburi bidang lakonan dan meninggalkan kerjaya tetap.

“Bagi saya ini merupakan peluang yang tidak boleh dilepaskan kerana jika saya tidak diterima sebagai seorang pelakon saya boleh bekerja semula dalam bidang pemasaran memandangkan saya ada lapan tahun pengalaman,” ujarnya.

Sementara itu, Azrel berkata, dia bersyukur kerana diberi kepercayaan untuk berlakon dalam beberapa buah projek termasuk bersama penerbit dan pengarah terkenal Kabir Bhatia.

Malah wajahnya bakal muncul dalam slot Akasia menerusi drama berjudul Syurga Nur terbitan JS Pictures dan akan ditayangkan pada bulan Ramadan ini.

“Ini adalah drama pertama saya yang akan disiarkan di TV3 dan peluang ini sudah tentu saya gunakan sebaik-baiknya tambahan pula digandingkan bersama Ayda Jebat dan Amar Asyraf.

“Saya berharap drama itu nanti akan memberikan impak kepada karier lakonan saya selepas ini,” ujarnya yang sudah bersedia menerima kritikan.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");