Sukan Hari Ini

Djokovic, Nadal, Serena terus mara, Bouchard terkandas

PARIS: Novak Djokovic dan Rafael Nadal menghampiri ke suku akhir Terbuka Perancis manakala juara dua kali, Serena Williams turut melalui jalan mudah untuk ke pusingan kedua, malam tadi.

Namun, kejutan pada pusingan pembukaan dicatatkan apabila pemain pilihan keenam wanita, girl Eugenie Bouchard dan pemain pilihan ke-10 lelaki, Grigor Dimitrov ditunjukkan jalan keluar oleh lawan masing-masing.

Pemain pilihan utama, Djokovic, yang memburu kejuaraan sulungnya di Terbuka Perancis dan menjadi pemain lelaki kelapan untuk melengkapkan kejuaraan Grand Slam, mengalahkan pemain berpengalaman Jarkko Nieminen 6-2, 7-5, 6-2.

Kemenangan ke atas pemain berusia 33 tahun dari Finland yang bermain untuk perlawanan Grand Slam ke-50 itu adalah kemenangan ke-23 berturut-turut Djokovic untuk tahun ini.

Pemain berusia 28 tahun dari Serbia itu bakal bertemu juara sembilan kali, Nadal di pusingan lapan pemain terakhir. Djokovic akan bertemu sama ada pemain Luxembourg, Gilles Muller atau Paolo Lorenzi dari Itali selepasi ni.

“Saya sering mempunyai pelbagai perasaan setiap kali saya kembali ke gelanggang ini. Tahun ini saya bermain dengan baik dan saya berharap keyakinan itu berterusan di sini,” kata juara Terbuka Australia itu yang tumpas di final di tangan Nadal tahun tahun lalu dan 2012.

Nadal pula memulakan aksi untuk merebut kejuaraan Terbuka Perancis kali ke-10 dengan kemenangan selesa 6-3, 6-3, 6-4 ke atas pemain nombor 296 dunia, Quentin Halys.

Nadal hanya memerlukan sejam dan 50 minit untuk menumbangkan pemain berusia 18 tahun itu untuk meneruskan rekod kemenangan ke-67 sepanjang kariernya di Roland Garros.

Sementara itu, pemain pilihan utama wanita, Serena pula menang 6-2, 6-3 dalam masa 59 minit untuk mengetepikan cabaran pemain kelayakan dari Republik Czech, Andrea Hlavackova.

Juara 2002 dan 2013 akan bertemu Anna-Lena Friedsam dari Jerman di pusingan kedua.

Sementara itu, Bouchard dari Kanada yang mara ke suku akhir pada 2014, tumpas mengejut kepada pemain Perancis, s Kristina Mladenovic.

Bouchard tewas 6-4, 6-4 kepada pemain no-44 dunia itu, iaitu kalah lapan kali dalam sembilan aksi terakhirnya.

Mladenovic, 22, akan bertemu Danka Kovinic dari Montenegro pada pusingan seterusnya. – AFP/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");